Connect with us

Oh! Media

“Saya Baik-Baik Saja” – Hafidz Roshdi Tenang Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Cederakan Isteri

Ohmedia hafidz Roshdi

Oh! Artis

“Saya Baik-Baik Saja” – Hafidz Roshdi Tenang Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Cederakan Isteri

Pelakon Hafidz Roshdi kelihatan tenang sewaktu menghadirkan diri bagi sebutan kedua kes pertuduhan mencederakan bekas isterinya Nurul Shuhada di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pelakon yang berusia 28 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi mengenakan jaket coklat dan berkopiah putih berkata dia enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini

IKLAN

Alhamdulilah saya baik-baik saja, semanya okay kalau nak tahu apa-apa boleh tanya peguam nanti.

Hafidz Roshdi

Sebelum ini, Hafidz telah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia seperti mana yang telah diperintahkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertugas sebagai Majistret.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz yang didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Hafidz Roshdi

BACA: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Shuhada Terima Sehingga 10 Jahit Di Muka Serta Parut Kekal

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook and Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas