Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Shuhada Terima Sehingga 10 Jahit Di Muka Serta Parut Kekal

Untitled Design   1

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Shuhada Terima Sehingga 10 Jahit Di Muka Serta Parut Kekal

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang pelakon Hafidz Roshdi telah tiba diperkarangan mahkamah lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi yang diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

BACA : Hafidz Roshdi Bergaya Dengan Cermin Mata Hitam Tiba Di Mahkamah Pagi Tadi

Menurut laporan mStar, dia yang didakwa selepas dipercayai dengan sengaja menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Siti Fatimah Talib.

IKLAN

Hafidz didakwa menumbuk Shuhada sebanyak 3 kali dibahagian kiri mukanya selepas berlaku sedikit pergaduhan antara kedua-dua mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

Shuhada terpaksa terima 10 jahitan dimukanya selepas ditumbuk pelakon itu serta yang juga meninggalkan parut kekal. 

Pelakon itu didakwa di bawahSeksyen 323 Kanu Keseksaan yang membawa hukuman jika didapati bersalah iaitu penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas