
Oh! Artis
“Sanggup Sebarkan Berita Palsu”,Hafreez Adam Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal
Oleh
Pelakon Hafreez Adam akui dirinya terkejut denagan satu tindakan dari sebuah blog yang menghebahkan berita kematiannya, semalam.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pelakon 32 tahun itu menerusi sebuah perkongsian di laman Instagramnya.
Menurut Hafreez, dia berasa hairan dan keliru apabila kenalanya bertanyakan kesahihan laporan itu dalam keadaan resah.
Dapat voice note dekat WhatsApp just now, ada kenalan tanya pasal news dengan nada resah. Aku yang blur ni pun tanyalah, news apa? Dia send ni?.

Hafreez yang terkejut dengan hasil penulisan blogger itu, tampil memberi amaran kepada pihak berkenaan kerana risau dengan perasaan ahli keluarga yang lain.

Yang buat article/tajuk macam ni jangan macam macam ea. aku yang setenang-tenang itik berenang ni pun terkejut orang forward article ni, apatah lagi family aku bila dapat ni.
Click punya pasal, otak pergi tanam ea?.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa marah dengan tindakan blogger tersebut yang tidak menyiasat dahulu kesahihannya.
Malah, peminat Hafreez turut mencadangkan pelakon itu untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sebelum ini, perkara yang sama berkenaan kematian artis tanah air juga pernah berlaku kepada Datin Zarina, Dato Aaron Aziz dan ramai lagi.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
