Connect with us

Oh! Media

Sanggup Naik Motor Dari Kulim Ke Melaka, Namun Anak Tiada Hati Perut!

Trending

Sanggup Naik Motor Dari Kulim Ke Melaka, Namun Anak Tiada Hati Perut!

Sanggup bekorban apa saja malah mereka yang begelar sebagai ibu bapa ni sanggup menggantikan nyawa mereka hanya untuk anak tersayang. Itulah kasih dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai! Hargailah dan sayangi mereka sebelum terlambat. Bila kita kehilangan seorang ibu, maka hilanglah satu keberkatan doa untuk seorang anak.

ADVERTISEMENT

Ohmedia sangat tersentuh dengan satu perkongsian di laman sosial Facebook dimana pengguna ini menceritakan pengalaman dia terjumpa seorang pasangan suami isteri yang sedang ditimpa masalah. Dikatakan pasangan ini dalam perjalanan balik ke Kulim.

Mereka pergi ke Melaka hanya untuk melawat anaknya yang belajar ni UiTM Lendu! Apa yang Ohmedia sedih sangat, harapan mereka ingin berjumpa anaknya itu hanyalah sia-sia kerana anaknya tidak dapat dihubungi. Lebih malang lagi semasa perjalanan balik, minyak motor habis dan rantai motor putus! Tergamak betul hati seorang anak ni.

Pakcik tolak perlahan-lahan, nanti sampai jugak..

Malam tadi aku menghala ke KL dari Seremban. Tengah sedap layan lagu Keluhan Perantau dalam kereta, aku nampak ada orang tua tengah tolak motor. Pakai kopiah. Sorang lagi perempuan yang aku agak, umur dia dalam 50 tahun macam tu. Motor buruk je. Tepi highway plus ke arah KL. Basah lencun baju orang tua tu sebab peluh.Macam biasalah, aku berhenti. Aku tanya pakcik tu


Assalamualaikum pakcik, kenapa motor tu? Rosak apa? Pakcik nak ke mana?

Takda apa lah, nak. Minyak habis. Dengan rantai motor putus. Pakcik tak perasan minyak dah nak habis. Meter rosak.

Allahu. Habis tu pakcik tolak je lah ni dari tadi? Dari mana nak ke mana?

Pakcik dari Melaka nak balik Kedah. Saja bawa makcik ni jumpa anak. Rindu anak dia belajar dekat Lendu.

Anak tau tak motor pakcik problem ni? Pakcik dah ada call sesiapa ke?

Takpalah, nak. Anak pakcik tadi pun taknak jumpa. Nak focus study katanya. Minggu ni exam. Lepas tu pakcik call pun dah tak berangkat dah. Malam semalam lagi pakcik dah sampai. Tunggu dengan makcik sampai maghrib tadi dekat depan UiTM tu, call anak pun tak dapat dah. Dia off hp. Mungkin dia bizi study. Tu pakcik ajak makcik balik dulu datang balik minggu depan. Tengah perjalanan, minyak habis. Rantai boleh putus sama.

Berdebar aku dengar jawapan pakcik ni. Sebak pun ada. Tak ingat apa dah masa tu. Dalam kepala otak aku satu je, kalau depan aku jadi benda alah ni. Memang makan pelempanglah jawabnya anak tu. Sedih. Makcik ni dengan kendong beg besar, agaknya bawa barang-barang nak bagi anak dia kot. Dalam bakul motor tu aku nampak adalah beberapa plastik berisi karipap yang macam tak berusik lagi.

Pakcik nak ke mana je sekarang ni? Malam-malam macam ni. Pukul 9.00malam dah pun. Bengkel semua tutup.

Takpa, nak. Pakcik tolak pelahan-lahan. Nanti sampai jugak

Pakcik nak tolak ke mana?

Kulim..

Along nak pakai duit, kalau boleh transfer malam ni

Selesai makan. Handphone si makcik tu berdering. Dia tengok handphone. Anak perempuan dia yang belajar dekat Lendu tu call.

Assalamualaikum, along. Mak rindu betul dengan along. Ayah dengan mak ada dekat nilai ni. Ayah cakap taknak kacau along nak belajar. Tu kami balik tu. Tengah jalan, rantai motosikal ni putus. Tapi along jangan risau. Kami okey je. Ada orang tolong tadi. Along sihat ke? Belajar semua okey tak?

Laa. Macam mana boleh putus rantai motor tu? Along memang bizi betul mak. Sorry sangat, mak. Tak dapat nak jumpa mak. Mak, nanti bagitau ayah. Tolong transfer duit sikit boleh? Along nak pakai. Kalau boleh malam ni lagi baik. Sebab urgent nak guna. “

Ok along. Nanti mak bagitau ayah ya. Belajar rajin-rajin, nak. Minggu depan mak dengan ayah datang lagi ya? Nak cakap dengan ayah tak?

Takpa mak, tak sempat rasanya. Jangan lupa bagitau ayah tau mak. Transfer duit tu.

Ayah dia baru panggil nama anak dia, anak dia dah letak telefon masa tu.
Untuk pengetahuan korang, masa ni mak dia buat loudspeaker. Dengan aku sekali pun dengar. Excited gila masa anak dia call tu. Aku yang dengar ni rasa betul-betul sakit hati. Sedih gila. Tak sangka ada lagi anak spesis tak berhati perut dan tak rasa bersalah langsung buat ayah macam ni.

Apa yang Ohmedia baca dalam perkongsian ini, pemilik Facebook ini telah memberikan sedikit sumbangan kepada pakcik dan makcik ini semasa menghantar mereka di Terminal Bersepadu Selatan. Semoga Allah S.W.T merahmati mereka yang sudi menghulurkan bantuan. Kepada anak pakcik dan makcik ni, sedarlah dik, janganlah kejam sangat sampai tidak mahu berjumpa ibu dan ayah yang sanggup datang dari jauh dengan alasan sibuk belajar. Kalau mereka ni tiada, belum tentu adik dapat sambung belajar di universiti.

OHMEDIA: IBU AYAH NI SAMPAI BILA JE DIPIJAMKAN OLEH ALLAH UNTUK KITA, JADI HORMATI DAN SAYANGI MEREKA SELAGI MASIH ADA NYAWA!

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca anak tiada hati perut di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas