Connect with us

Oh! Media

Sambut Hari Bapa, Geng Kongsi Gelap Dicekup Langgar SOP

Trending

Sambut Hari Bapa, Geng Kongsi Gelap Dicekup Langgar SOP

Sebelas individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap Geng 35 dicekup pihak berkuasa di Kulim, Kedah, semalam selepas tular sebuah video memaparkan 15 orang berkumpul dalam satu rumah bagi menyambut Hari Bapa.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah mengesan video yang tular di aplikasi TikTok itu yang berdurasi 44 saat memaparkan 15 individu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan berkumpul sambil memotong kek berwarna merah kuning berbentuk angka 35 dipercayai menjadi simbolik kepada geng terbabit.

Tangkap layar sebuah video viral di aplikasi Tiktok memaparkan beberapa individu sedang menyabut Hari Bapa dipercayai Berkaitan geng 35 (Sumber: Harian Metro)

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan, hari ini berkata, tangkapan dilakukan bermula 10 malam tadi secara berperingkat di daerah Kulim dan hasil risikan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah rumah suspek untuk meraikan sambutan Hari Bapa.

Kesemua individu berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang turut serta dalam sambutan majlis itu.

Bagaimanapun polis percaya kesemua yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan kongsi Gelap Geng 35 dan beberapa rampasan seperti telefon bimbit serta cincin dibuat untuk membantu siasatan.

Kamarul Zaman menambah, kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman.

Katanya lagi, berdasarkan video yang tular itu mendapati 15 individu tersebut telah berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal dan jelas melanggar SOP.

Ianya jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021 dan laporan polis dibuat sejurus selepas itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas