Kelantangan Youtuber dan pengkiritik filem, Zhafvlog tidak dapat disangkal lagi apabila dia sering memberikan pandangan yang jujur terhadap setiap filem yang ditontonnya.
Terbaru, pengkritik filem itu membuat satu ciapan memberikan pandangan serta komen terhadap satu filem yang baru sahaja ditayangkan di pawagam iaitu Gadis Jolobu.
GADIS JOBO – 5/5 INFINITY SHIT ‘OSAH BANGANG EH’
Buek malu orang nismilan yo, plot takdo, lawak takdo, apo? muzikal? Kepala ayah kau! Apo bingai bona director pilem ni? Nasihat den boronti yolah buek pilem, membazir duit sponsor yo! Gambar kemain lawa, cerito eh hauk!… pic.twitter.com/V1qNXKw9XQ
Namun, pendapat serta komen yang dikeluarkannya terhadap filem tersebut mengundang padah apabila dia dikatakan bakal disaman penerbit filem terbabit.
Saya tetap akan saman walaupun dia minta maaf
Menurut laporan daripada Gempak, Penerbit Eksekutif filem Gadis Jolobu iaitu Saraleana Nattaya Azmi berkeras untuk mengambil tindakan terhadap Zhaf yang didakwa membuat ulasan mengenai filem keluarannya dengan kata-kata kurang enak.
Tindakan menyaman tetap akan diteruskan meskipun permohonan maaf dibuat bagi memberi pengajaran kepada Youtuber berkenaan supaya tidak lagi mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya terhadap pengeluaran filem-filem tempatan pada masa akan datang.
Apabila dia (Zhaf) komen sebegitu, kasihan mereka (pelabur filem). Nak cari duit buat filem bukan senang tau. Youtuber itu tahu komen cakap filem ini sampah. Eh tak bolehlah macam ni. Awak tu pernah terbitkan kandungan ke?
Tahu tak perasaan nak buat filem tu susah? Dia hanya tahu komen sebab nak buat duit daripada Youtube. Tak adil dengan penerbit lain. You boleh minta maaf macam mana pun, tapi saya tetap akan saman dia.
Saraleana turut menegur cara Zhaf ketika mengulas filem yang disifatkan sebagai tidak memberikan kata-kata yang membina kepada penerbit.
Saya tak kisah jika karya saya dikritik. Banyak sahaja ulasan yang saya baca, tetapi tidaklah dengan kata-kata biadab. Nak kritik biarlah ada ilmu.
Saman pengkritik filem sama seperti saman penonton
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Zhaf yang hanya menyuarakan pendapat jujurnya terhadap filem terbabit.
Harap-harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.