Connect with us

Oh! Media

Tiada Kompromi Buat Individu Yang Pulang Ke Kampung Bagi Menyambut Ramadhan

Trending

Tiada Kompromi Buat Individu Yang Pulang Ke Kampung Bagi Menyambut Ramadhan

Tinggal lagi beberapa hari je lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Mesti ramai yang dah merancang untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang kan?

ADVERTISEMENT

Apapun korang jangan lupa, rentas negeri masih lagi belum dibenarkan ya. 

Malah, tindakan saman juga akan dikenakan kepada individu yang dikesan cuba untuk merentas negeri pulang ke kampung untuk menyambut hari pertama Ramadan.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap sahaja akan diluluskan untuk meneruskan perjalanan.

Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi…ambil tindakan terus. – Katanya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pertambahan jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif Covid-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.

Sekiranya jumlah kes positif Covid-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan agar penularan Covid-19 dapat dikekang. – Katanya.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas