Minggu lepas, panas tentang konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang diakhiri dengan penceraian talak satu. Susulan itu, ramai rakan artis tampil memberikan sokongan kepada Bella dan juga anak-anak.
Menerusi hantaran Instagram, aktres, Puteri Sarah berkongsi gambarnya bersama Bella Astillah dan anak-anak mereka namun kapsyen aktres itu menjadi tumpuan netizen.
Difahamkan Bella dijemput ke rumah pelakon itu untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarganya.
Sama-sama kita nikmati perjalanannya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan nasihat yang diberikan dan mendoakan dua aktres itu terus kuat menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Semoga Bella dan Puteri Sarah tabah hadapi ujian yang akan datang. Mungkin Allah akan ada pengganti baru yang jauh lebih baik? Sama-sama kita doakan.