Oh! Artis
Aliff Setuju Lepaskan Hak Jagaan Penuh Anak, Bella Astillah Tak Tuntut Mutaah Dan Harta Sepencarian
Konflik rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah selesai hari ini apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BACA: Akhirnya Aliff Aziz Ceraikan Bella Astillah, Enggan Bersalaman Buat Kali Terakhir
Peguam Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah dengan cara baik mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Lapor mStar, Bella tidak menuntut mutaah dan harta sepencarian terhadap Aliff manakala Aliff pula bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Bella.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengucapkan syukur mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Baginya itu adalah perkara paling penting dan selepas ini dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru.
Saya tak nak panjangkan apa-apa. Saya tak mahu apa-apa daripada Aliff. Sekarang adalah masa untuk move on.
Ketika ditanya adakah dia sudi bertemu Aliff di masa akan datang, Bella masih tiada perancangan untuk hal itu.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM