Connect with us

Oh! Media

Trending

“Salah Saya Sebab Balik Kampung” – Wanita Pasrah Keluar Rumah Bila Housemate Mengadu Kucing Bising

Bagi seorang pencinta kucing, haiwan belaan itu dah dianggap macam anak sendiri. Ada yang sanggup buat apa je demi kucing kesayangan mereka tau.

BACA: Dah Buang Dekat Pasar, ‘Owner’ Selamba Minta Semula Kucing Bila Dah Cantik

IKLAN

Seperti kisah viral di Facebook ini, seorang wanita pasrah keluar rumah selepas rakan serumah mengadu kucing terlalu bising sampai mengganggu tidurnya.

Difahamkan kucing dibela di dalam bilik dan tuan kucing balik kampung selama dua hari. Iyalah mungkin kucing berbunyi sebab cari tuannya kan?

Bukan semua suka kita nak

Menerusi kapsyen yang ditulis, wanita tersebut meminta maaf kerana menjadi punca rakan serumah benci kucing-kucing belaan yang dibahasakan sebagai ‘anak’.

Katanya, dia akan mencari tempat baru dan tidak akan menyewa bilik lagi demi keselesaan mereka bertiga.

Orang yang tak sayangkan kucing mungkin dia tak faham kenapa kucing boleh bising kalau tuan tak ada. Sedangkan bila tuannya ada senyap je. Maafkan mak nak. Mak balik kampung tinggalkan korang 2 hari je. Mak dah buat orang benci korang. Bukan mak tak nak bawak korang mak balik pun naik bas. Nanti mak cari tempat baru ye nak. Hanya kita bertiga je. Mak dah taknak sewa bilik lagi…bukan semua suka kita nak…

Perkongsian wanita ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang persoalkan kenapa tuan kucing tak hantar ‘boarding’ kucing-kucing tersebut.

Ada juga yang kecam sebab tuan kucing bela ‘anak-anaknya’ tu dalam bilik. Ini responnya;

Wanita ini mengaku salah kerana kurang sensitif dengan keselesaan penghuni lain. Tapi katanya housemate lain okay sahaja siap belikan makanan.

Housemate yang lain juga melarangnya hantar kucing boarding kerana membazir duit. Dia bagaimanapun terima teguran dengan hati terbuka dan harap dapat jumpa rumah untuk disewa dalam masa terdekat.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas