Connect with us

Oh! Media

Sajat Guna Nama Glamor ‘Bella’ Di Thailand, Naik Tocang Dibantu Negara Tertentu?

Trending

Sajat Guna Nama Glamor ‘Bella’ Di Thailand, Naik Tocang Dibantu Negara Tertentu?

Misteri kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad akhirnya terjawab apabila dia ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dilaporkan Sajat melarikan diri ke Bangkok dengan bantuan seorang lelaki menggunakan gerabak kereta api di Padang Pesar, Perlis. 

ADVERTISEMENT

BACA: Sajat Lari Ke Thailand Guna Kereta Api? Ini Jawab KTMB

Terbaru, Harian Metro melaporkan di Thailand Sajat menggunakan nama popular terbaharunya iaitu Bella. Nama itu terkenal dalam kalangan rakan yang juga dilaporkan berperwatakan sepertinya.

sajat
Foto: Harian Metro

Berdasarkan risikan sumber Skuad Khas Harian Metro, usahawan itu kini berlagak mempunyai kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

Katanya lagi, selepas dibebaskan dengan jaminan 10 September lalu, Sajat perlu hadir ke pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya.

Menurut sumber lagi, usahawan itu sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa. Pembantunya memuat naik status di Instagram kononnya Sajat berada di Danga Bay pada 28 Ogos lalu.

Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, UNHCR Bangkok dilaporkan sudah menyediakan peguam dan sedang membantu Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok supaya usahawan itu dapat dipindahkan ke sana.

Difahamkan, ada pertubuhan dan negara tertentu sedang giat menghalang Malaysia daripada membawa pulang usahawan itu untuk dibicarakan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas