Connect with us

Oh! Media

Saintis Cipta Satu Vaksin Untuk Lawan Semua Koronavirus?

koronavirus

Trending

Saintis Cipta Satu Vaksin Untuk Lawan Semua Koronavirus?

Seperti yang kita tahu, koronavirus merupakan virus yang boleh menjangkiti manusia bermula dengan simptom-simptom jangkitan saluran pernafasan yang ringan seperti selesema biasa sehinggalah penyakit yang boleh membunuh seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan yang terkini menyerang kita, Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kadar Vaksinasi Remaja Terpantas Di Dunia” – KJ

Menerusi laman Kosmo, satu vaksin tunggal sedang dicipta oleh Pasukan Saintis Amerika Syarikat (AS) untuk melawan semua koronavirus yang bakal melanda dunia pada masa akan datang.

Boleh mencegah penularan koronavirus

koronavirus

Institut kebangsaan telah memberi geran berjumlah AS$2.6 juta bersamaan RM10.8 juta kepada Institut Imunologi La Jolla dari California bagi Alergik dan penyakit berjangkit untuk digunakan ke atas penyelidikan yang boleh mencegah pandemik untuk berlaku pada masa akan datang.

Kajian ini turut mendapat kerjasama saintis dari Universiti Harvard, Hospital Brigham serta Hospital Besar Massachusetts. Penyelidik ini percaya bahawa dengan kajian dan penghasilan vaksin Covid-19 yang telah dilakukan, mereka mampu untuk mencegah penularan koronavirus yang bakal tercetus selepas ini.

Daripada kita perlu mencipta vaksin-vaksin baharu, adalah lebih baik sekiranya kita menghasilkan satu vaksin yang boleh melindungi populasi dunia daripada varian-varian SARS-CoV-2 (virus Covid-10) atau apa-apa sahaja koronavirus selepas ini. – Presiden Institut Imunologi La Jolla, Dr. Erica Ollmann Saphire.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada tujuh koronavirus yang sering ditemui. Sebelum tercetusnya Covid-19, virus SARS yang berasal dari China telah merebak ke seluruh dunia sehingga menjadi endemik pada tahun 2003.

Semoga dengan kajian yang dilakukan oleh para saintis ini dapat membantu kita dari penularan koronavirus pada masa akan datang. Semoga kita juga akan bebas dari sebarang pandemik selepas ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas