Connect with us

Oh! Media

Sahabat Dedah Pakcik OKU ‘Best Student’ Di Terengganu

Trending

Sahabat Dedah Pakcik OKU ‘Best Student’ Di Terengganu

Susulan kes pakcik OKU yang dibelasah oleh peniaga pasar tani yang menjadi perhatian ramai, pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh masyarakat, termasuk rakan karibnya sendiri.

Seorang sahabat ketika zaman persekolahan mangsa, Akbar Azmi memuat naik satu video di laman TikTok, perjelas siapakah sebenarnya insan bernama Ahmad Nor Al Faizan atau Paijang.

Pelajar cemerlang di Terengganu…

Screenshot 2025 01 21 at 123830

Menerusi video yang tular, Akbar Azmi menyatakan tentang kecemerlangan pakcik OKU dalam kokurikulum dan kurikulum ketika di bangku sekolah.

IKLAN

pakcik OKU ni pada waktu tu dinobatkan sebagai best student Terengganu. Best student Terengganu tau, bukan best student Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik. -Katanya

Akbar juga memberitahu, Paijang bukan setakat cemerlang dalam bidang kurikulum malah kokurikulumnya juga turut menyumbang kepada gelaran best student di Terengganu.

BACA: Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang

Kawan kata pakcik OKU sakit lepas habis SPM…

Selepas tamat SPM, dikatakan pakcik OKU tidak dapat panggilan pertama Unit Pusat Universiti (UPU) di mana pada hemat sahabatnya itu, ini punca pakcik OKU mula sakit.

Dia berasal daripada family yang susah. Jadi saya berpendapat dia rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki ekonomi keluarga dia, jadi mula dari situ dia termasuk dalam depression dan kemurungan. -Katanya

Akbar Azmi menjelaskan lagi, pakcik OKU hanya dapat panggilan kemasukan universiti awam selepas panggilan kedua dan ketiga.

“Penyakit dia on dan off (tak menentu)” – Sahabat pakcik OKU

Dalam pada itu, Azmi juga mendedahkan sahabatnya itu tidak pernah memukul orang lain, cuma mungkin kata-kata yang keluar dari mulutnya yang sedikit keras. Tapi, buat mereka yang mengenali, sudah pasti sudah faham dan tidak mengambil peduli sangat.

Itulah apa yang membuatkan Ohmedia terfikir, difahamkan ramai yang dah kenal pakcik OKU ni ada masalah mental yang tak stabil tetapi mereka tetap membuat keputusan untuk menghukum dengan cara kekerasan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: TikTok broakbarazmi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Afiq Izham
Penulis, Juruvideo, dan Pencipta Kandungan Media Sosial kreatif di Oh! Media. Menggabungkan bakat dalam penulisan, visual, dan strategi digital untuk menghasilkan karya yang berimpak tinggi dan berjiwa.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas