
Oh! Artis
Sabronzo Tak Kisah Digelar ‘Fake’, Pakai Baju Sopan Balik Kampung Di Kelantan
Oleh
Sabronzo iaitu penyanyi rap dari kumpulan Dolla mengakui dia tidak tawar hati dengan kutukan netizen yang mengatakan dirinya sebagai ‘fake’.
Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, sebelum ini pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi menyambut perayaan Hari Raya.
Namun begitu, isu ini mula timbul dan menjadi perhatian orang ramai apabila penyanyi yang berusia 28 tahun itu dilihat memakai pakaian yang menutup aurat dan bertudung.
Dalam pada itu, timbul kritikan dari netizen yang mengatakan Sabronzo sebagai seorang yang ‘fake’ kerana berpakaian sopan sewaktu pulang ke kampung halaman tetapi berpakaian yang mencolok mata apabila berada di bandar.
Tapi saya beraya dekat bandar pun pakai baju kurung (sopan).

Penyanyi rap kumpulan Dolla itu tampil memperjelas isu ini dan berkata dia tidak mahu mengambil kisah dengan kritikan yang diberi oleh netizen.
Tambahan, Sabronzo juga menyatakan dia tidak kisah apabila ditanyakan mengenai pakaiannya yang seksi kerana beranggapan mereka adalah peminat baharu.
Kami pun ada peminat baru jadi kami okay nak jelaskan apa-apa persoalan tentang Dolla.
BACA: “Kami Akan Memperbaiki Kelemahan” – Kontroversi Berpakaian Seksi, Dolla Mohon Maaf
Kredit: mStar
