Connect with us

Oh! Media

Rita Rudaini Sebak Kenang Anak, Doa Jadi Lelaki Penuh Belas Kasihan – “Ryan Anak Yang Banyak Suka Duka”

anak sulung rita rudaini

Oh! Artis

Rita Rudaini Sebak Kenang Anak, Doa Jadi Lelaki Penuh Belas Kasihan – “Ryan Anak Yang Banyak Suka Duka”

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak terkenangkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang sudah setahun berdikari di sekolah berasrama penuh.

BACA: “Ini Hadiah Ryan Untuk Mommy” – Anak Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM

Meskipun berjauhan, anak sulungnya itu tak pernah lupa untuk menghubunginya setiap malam. Kongsi Rita, sakit berpisah dengan anak tak terbanding sakitnya ketika dikhianati dan ditinggalkan dahulu.

IKLAN

Rita Rudaini sebak kenang anak, doa jadi lelaki penuh belas kasihan

Dalam pada itu pelakon ini meminta maaf kepada Ryan kerana telah banyak berbuat salah namun apa yang dilakukan semuanya bersebab.

Ryan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan-kesedihan mommy. Ryan yang banyak kena tempias. Ryan saksi segalanya tapi Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati. Ryan anak yang sangat baik, tidak pernah sesekali tinggi suara pada mommy, patuh setiap kata-kata mommy…

Dia berharap anak lelakinya itu membesar menjadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan dan kasih sayang dalam diri.

Rita bersyukur Allah SWT mengurniakan dua orang anak yang menjadi pengubat luka di hatinya.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas