Connect with us

Oh! Media

”Rugilah Kalau Hancur Untuk Manusia” – Aisyah Hijanah Ada Cara Elak Rasa Sakit Berjauhan Dengan Suami

Aisyah Hijanah

Trending

”Rugilah Kalau Hancur Untuk Manusia” – Aisyah Hijanah Ada Cara Elak Rasa Sakit Berjauhan Dengan Suami

Pempengaruh, Aisyah Hijanah kata yang dirinya mempunyai cara tersendiri untuk menjaga hari daripada terus bersedih sekiranya ditinggalkan suami atas urusan kerja.

BACAAisyah Hijanah Beri Pesanan Buat Kaum Wanita Untuk Cari Calon Suami

Menurut laporan mStar, Aisyah berkata yang dia belajar untuk menyayangi diri sendiri dulu sebelum mengutamakan kebahagiaan suaminya, Alif Teega dan perkara ini dikongsikannya menerusi Instagram.

IKLAN

Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.

Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan reset hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit.

Aisyah juga ada memuat naik satu video menunjukkan apa rutin harian yang dirinya lakukan apabila suaminya keluar bekerja.

Kalau korang tengok kapsyen, isteri kepada Alif Teega itu menasihati orang ramai untuk menjaga hubungan dengan Tuhan berbanding fokus kepada cinta manusia yang tidak kekal.

Aisyah juga percaya yang perasaan cinta terlalu dalam kepada manusia hanya memakan diri sendiri sampai boleh bertindak luar kawalan.

Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia.

Memang susah, sebenarnya orang yang kita sayang bukannya istimewa sangat pun, tetapi ‘cinta’ yang kita bagi terlalu besar sehingga kita nampak dia istimewa.

Yang patut kita dahulukan dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan balik hubungan dengan Allah.

Aisyah Hijanah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Aisyah Hijanah | mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas