Connect with us

Oh! Media

Rozita Che Wan Respon Saman 5 Juta Diva AA

Copy of Ohmedia

Oh! Artis

Rozita Che Wan Respon Saman 5 Juta Diva AA

Kemelut di antara Rozita Che Wan dan Azwan Ali nampaknya semakin panas apabila kini ia melibatkan polis dan saman menyaman. Ia bermula apabila Azwan mendakwa Che Ta telah menulis kenyataan fitnah terhadapnya. Rozita Che Wan pula sebelum itu telah dihina Azwan tentang cara pakaiannya ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin.

BACA: Azwan Ali Lapor Polis, Che Ta Dipanggil Ke IPD

Bagaimanapun, sebentar tadi Che Ta telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk merakam kenyataan selepas Azwan membuat laporan.

IKLAN

Che Ta bersama suaminya Zain Saidin dan pengurus, Afeeq dilaporkan memberikan keterangan selama lebih 3 jam dan ini respon mereka.

Sebenarnya kalau tengok pergerakan saya, saya taknak benda ni panjang. Saya tak buat report polis, tak ambil juga tindakan saman. Kita ni manusia, Nabi pun ampunkan orang caci maki Baginda. Dia pun dalam industri yang sama. Tak perlu musuh. Kenapa nak buat musuh? Tak berbaik pun tak mengapa, janji jangan bermusuh. – Kata Che Ta.

Bagaimanapun, Azwan telah mengeluarkan saman dan mereka terpaksa menerima keadaan sekarang.

Okay saya follow. Tapi takkan nak terus bagi. Kita ada undang-undang, jadi kita teruskan cara undang-undang. – Tambahnya lagi.

Azwan atau Diva AA telah mengeluarkan saman sebanyak RM5 juta selepas medakwa Che Ta telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas