Connect with us

Oh! Media

Pelumba Lagenda Rossi Akhirnya Sah Milik PETRONAS

20200926 204821 0000png

Trending

Pelumba Lagenda Rossi Akhirnya Sah Milik PETRONAS

Segala teka-teki peminat sukan permotoran akhirnya terjawab bila The Doctor atau Valentino Rossi akhirnya disahkan menyertai pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team untuk saingan MotoGP musim 2021 nanti.

Berita gembira ini disahkan oleh Datuk Razlan Razali yang sangat teruja untuk menerima kehadiran pelumba berpengalaman ini dalam pasukan.

Pengalamannya akan menjadi aset terhebat buat pasukan dengan kita akan memasuki musim ketiga dalam saingan MotoGP. Sudah pasti banyak yang boleh kami pelajari daripada Rossi.

Dalam masa sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantunya terus kompetitif sebagai penghargaan atas kepercayaan yang diletakkan olehnya kepada kami. – Kata Datuk Razlan.

Nampaknya musim 2021 akan menjadi satu tahun yang paling dinanti-nantikan buat pasukan PETRONAS dengan barisan pelumba yang cukup hebat. Rossi akan bersama-sama Franco Morbidelli dan ia pasti akan menggegarkan litar perlumbaan.

IKLAN

Barulah lebih bersemangat nak sokong Rossi musim depan. Betul tak?

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas