Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Teruk Dipukul, Gara-Gara Tak Ikut Kehendak Pelanggan

E864d0b7 24ea 4f44 98d9 b7404a22d78b

Trending

(Video) Lelaki Teruk Dipukul, Gara-Gara Tak Ikut Kehendak Pelanggan

Kes penghantar makanan yang dipukul dan dibelasah oleh pelanggan bukan lagi perkara baru dalam negara kita.

Semalam telah viral satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang ‘rider’ Foodpanda yang dibelasah oleh seorang pelanggan akibat pesanan makanannya tidak dihantar sampai ke depan pintu rumah.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daniel (@afixqs) itu turut memberitahu, pengawal rumah pelanggan itu memang tidak membenarkan mana-mana ‘rider’ untuk naik ke atas ataupun masuk sampai ke depan pintu rumah. 

IKLAN

Dia yang berkongsikan video itu di laman Twitter miliknya turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan pelanggan itu.

Kalau betul pun rider tu yang salah perlu ke sampai macam tu sekali dia kena pukul? – Kata Danial di Twitter.

Dia yang pernah bekerja menjadi salah seorang penghantar makanan juga dikatakan pernah dimaki oleh pelanggan kerana makanan lambat sampai tetapi perkara seperti itu bukanlah disengajakan oleh mereka para ‘riders’.

Adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masanya kami perlu menghantar banyak tempahan.

Kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis boleh saja mereka terus membuat aduan dan ‘rider’ akan terus dibuang oleh majikan. – Katanya.

https://twitter.com/afixqs/status/1331534928446586880?s=21

Pergaduhan diantara mereka berdua dikatakan telahpun diselesaikan dan menurut sumber, pelanggan tersebut dipercayai bersalah kerana tetap ingin makanannya dihantar sampai ke depan pintu rumah walaupun perkara itu telah pun dilarang oleh pengawal rumah.

Tapi tak mungkinlah ada mana-mana rider yang sengaja buat hal sebab mahu dibuang kerja pula kan? Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.

Mohon kepada para pelanggan untuk banyak-banyak bersabar ya, kalau rasa tak boleh sabar sila masak makanan anda sendiri.

Kredit: @afixqs

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas