Connect with us

Oh! Media

Pelakon Dan Pelawak Veteren Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia

Pelawak

Oh! Artis

Pelakon Dan Pelawak Veteren Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia

Richard Ng yang merupakan pelakon dan pelawak veteran Hong Kong telah disahkan meninggal dunia pada umur 83 tahun.

ADVERTISEMENT

Pelakon itu dilaporkan meninggal dunia kerana mempunyai pelbagai penyakit berkaitan faktor usia. Berita pemergian Ng telah disampaikan oleh ahli keluarganya sendiri.

Beliau meninggalkan seorang isteri Susan dan empat orang cahaya mata iaitu Alex, Zoe, Louise dan Carl.

Richard Woo atau lebih dikenali sebagai Richard Ng merupakan pelawak komedi pada tahun 80-an dan 90-an.

Menerusi lakonannya dalam Winners and Sinners, beliau pernah menang Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong sebanyak dua kali.

Richard juga telah berjaya melakar nama dalam industri filem dan rancangan TV selepas muncul lebih dari 80 buah filem.

Pelakon drama bersiri Lucky Stars ini juga pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam filem-filem Hong Kong iaitu Tan Sri Michelle Yeoh, Datuk Jackie Chan, Andy Lau dan Jet Li.

Pada tahun 1983, nama Richard Ng telah melonjak naik selepas membawa watak penting dalam filem Winners and Sinners sebagai ‘Exhaust Pipe’ arahan Sammo Hung.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas