Trending
Remaja Perempuan Hilang Di Johor Akhirnya Ditemui, Rupanya Lari Rumah Sebab Ini
Kecoh di media sosial apabila seorang remaja perempuan, Siti Nur Balqiesh Rasid yang baru saja berusia 17 tahun dilaporkan hilang di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
Terbaru! Menurut laporan Kosmo, Balqiesh akhirnya telah ditemui selepas bertindak lari dari rumah keluarganya kerana merajuk dan memberontak sebab tak dibenarkan tukar kursus pengajian di sebuah kolej.
Remaja itu ditemui di sebuah kedai makan di Pasir Gudang oleh seorang anggota polis bantuan sambil membawa sebuah beg plastik yang penuh dengan pakaiannya.
Bapa kepada Balqiesh juga memberitahu yang anaknya itu ada bertengkar dengan isterinya disebabkan perkara itu dan menafikan dakwaan lari bersama kekasihnya.
Dia dalam proses sambung belajar peringkat diploma dalam bidang kosmetologi, tapi baru-baru ini dia nak tukar kursus kepada kimpalan atau mesin peralatan.
Pensyarah dia terangkan tidak boleh tukar kursus kerana perlu belajar dari mula dan melibatkan kos lain. Isteri saya ada terangkan masalah ini, namun dia tidak boleh terima.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM