Connect with us

Oh! Media

Remaja Cedera Parah Langgar Gajah, Terpaksa Ditidurkan

Trending

Remaja Cedera Parah Langgar Gajah, Terpaksa Ditidurkan

Seorang pelajar sekolah menengah, Muhammad Danish Saedin, yang berusia 17 tahun cedera parah selepas terlanggar seekor gajah kira-kira jam 10 malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Wanita Ini Kongsi Detik Cemas, Dipercayai Gajah Mengamuk Pijak Kereta

Menurut ibu Danish, Mislawati Paiman, 46, anaknya kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika anaknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas baru sahaja selesai mengisi minyak motor.

Doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepalanya dan kekal. Ketika ini anak saya sedang ditidurkan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Saya mendapat tahu berita kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah. Memang terkejut dan kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom selepas itu.

Difahamkan saksi kejadian mengatakan anak saya ditemui masih sedar selepas pelanggaran itu.

Semoga adik Muhammad Daenish cepat sembuh dari kemalangan yang tidak dijangka ni.

Haih, sebelum ni pun tular beberapa video memaparkan keadaan beberapa penduduk sekitar Malaysia yang berhadapan dengan gajah ketika memandu.

Diharapkan pihak berkuasa memandang serius berkenaan isu ni dan mengambil tindakan yang sepatutnya demi keselamatan penduduk setempat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas