Connect with us

Oh! Media

“Aku Membesar Dengan Kau, Nobita. Tapi Kau Jugak Kahwin Dulu.” – Netizen

Trending

“Aku Membesar Dengan Kau, Nobita. Tapi Kau Jugak Kahwin Dulu.” – Netizen

Tipulah kalau kata kecik-kecik dulu korang tak layan siri animasi Doraemon. Kalau bukan tengok dekat TV pun, korang mesti pernah baca komik Doraemon hasil karya Fujiko F. Fujio.

ADVERTISEMENT

Korang mesti kenal watak Nobita dengan Shizuka dalam cerita tu, kan? Semua tahu macam mana susahnya Nobita nak try Shizuka supaya suka dia, tapi ada je benda yang dia buat menampakkan dirinya bodoh dan tak berguna. Tapi dengar cerita diorang berdua still akan berkahwin! Eh, ye ke?

Mana ohmedia tahu? Sebab semalam viral dekat Twitter poster filem terbaru Stand By Me: Doraemon 2. Tapi dalam poster tersebut, Nobita dengan Shizuka dilihat menggayakan busana pengantin bersama-sama. Sekali pandang, dah nampak macam kad jemputan kahwin.

Netizen pun apa lagi, ramailah yang mula jadi kreatif dan menyampaikan ucapan selamat pada Nobita. Mana taknya, member dari kecik dah nak kahwin, kan? Ada yang jealous, ada yang happy, dan ada juga yang sebak dengan perkhabaran ini. Selebriti Neelofa pun bagi ucapan jugak tau!

Tapi jujur memang ada rasa sebak pun bila tengok. Kalau tengok dekat poster, mata Doraemon pun berair jugak tau. Secara tak langsung, dia buat kita ingat balik zaman kita kecik-kecik dulu. Cepat-cepat balik mengaji sebab nak tengok Doraemon. Sekarang, besar dah masing-masing. Apapun, hidup mesti diteruskan dan semoga kita semua berjaya capai apa yang kita impikan.

Kredit: Twitter

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas