Connect with us

Oh! Media

“Rating DJ Lin Tinggi” – Pengerusi SMRG Respon Petisyen Desak DJ Lin Letak Jawatan

Dj Lin Suria Cinta

Trending

“Rating DJ Lin Tinggi” – Pengerusi SMRG Respon Petisyen Desak DJ Lin Letak Jawatan

Baru-baru ini, wujud petisyen mendesak DJ Lin meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Suria FM. Mohd Faizal Legacy yang memulakan petisyen itu meminta segmen yang dikendalikan DJ Lin iaitu Suria Cinta dibubarkan.

BACA: DJ Lin Akhirnya Terpaksa Letak Jawatan Lepas Netizen Lancarkan Petisyen Ini?

Dalam sidang media pada petang Jumaat, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata tiada sebab untuk memecat DJ Lin.

IKLAN

Katanya, DJ Lin sebagai penyampai menunjukkan prestasi yang sangat baik. Buktinya, segmen Suria Cinta mempunyai rating pendengar yang tinggi setiap minggu.

Ujar beliau lagi, dua segmen Suria FM yang bersaing sengit adalah Suria Cinta (DJ Lin) dan Gaya Suria (Cik Piah).

Beliau juga tiada sebarang masalah dengan penyampaian DJ Lin, jadi tiada sebab penyampai itu perlu dipecat atau melepaskan jawatan.

Terdahulu, beliau turut memberi penjelasan berhubung kontrak Tyzo Xander yang tidak disambung. Beliau menafikan dakwaan DJ Lin adalah punca pemecatan Tyzo.

BACA: “Kemenangan Di ABP Tidak Membantu…” Data Pendengar Suria Petang Kendalian DJ Tyzo Tunjukkan Penurunan

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas