Connect with us

Oh! Media

“Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah” – Farid Kamil Akui Masih Cintakan Diana Danielle

farid kamil

Oh! Artis

“Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah” – Farid Kamil Akui Masih Cintakan Diana Danielle

Farid Kamil, pelakon dan pengarah masih tenang dan berharap dapat menyelamatkan rumah tangga walaupun isterinya, Diana Danielle sudah tetap dengan pendiriannya mahu bercerai.

ADVERTISEMENT

Pelakon berusia 42 tahun itu berkata, perasaan sayang dan cinta terhadap Diana masih kuat meskipun sudah lama tidak berjumpa.

Harapan saya masih sama seperti dulu, rasa sayang saya bertambah-tambah. Saya harap hari ini saya dapat berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya.

Mencari kata putus untuk sama-sama membesarkan dua anak kami.

farid kamil

Farid berkongsi perkara berkenaan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses Sulh bersama Diana pada petang Khamis.

Sementara itu, Diana yang tiba di mahkamah tidak memberi sebarang jawapan dan hanya senyum sambil menunjukkan isyarat mini love kepada pemberita yang menanti kehadirannya.

Sedikit info, Farid enggan melafazkan talak kepada Diana dengan alasan masih sayang isterinya selepas Diana memfailkan penceraian secara baik pada, 20 Mac lalu.

BACA: “Saya Mohon Maaf Kepada Diana Dan Ibu Mentua” – Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Wujud Pihak Ketiga

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas