Connect with us

Oh! Media

“Rasa Macam Ada Tangan Lagi” – Ustaz Ebit Sebak Dengar Luahan Pakcik Hilang Tangan

Ohmedia ebitlew2

Trending

“Rasa Macam Ada Tangan Lagi” – Ustaz Ebit Sebak Dengar Luahan Pakcik Hilang Tangan

Sebelum ini berlaku satu kemalangan langgar lari sebuah lori yang telah melanggar pekerja penyelenggaraan jalan di Johor Bahru sehingga kehilangan tangan kerana kecederaan parah dan terpaksa dipotong.

Seperti biasa, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew telah menjadi antara individu yang awal untuk datang menziarahi mangsa di Hospital Sultan Ismail selepas selesai ceramah di Maktab PDRM Muar.

Pakcik ini menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil, InsyaAllah nanti di akhirat, semuanya sempurna. – Konsi Ebit Lew.

Pakcik berkenaan turut meluahkan rasa bimbangnya kepada Ebit Lew yang selepas ini dia tidak dapat memandu kereta dan menghantar isteri pergi kerja lagi sedangkan selama ini dialah yang hantar dan ambil isteri dan anak-anak.

IKLAN

Kami berdoa bersama. Masa beri sedikit sumbangan. Abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz. Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang,isteri dan anak-anak.

Terima kasih YDH SAC Komandan Sulaiman. Terharu ACP Rubiah dan anggota Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih Pegawai Hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor-ebit lew. – Kongsi Ebit Lew lagi.

Kredit: Facebook Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas