Connect with us

Oh! Media

Terhutang Budi, Ebby Yus Cari Jururawat Yang Selamatkan Nyawanya

Oh! Artis

Terhutang Budi, Ebby Yus Cari Jururawat Yang Selamatkan Nyawanya

Sebelum ini, pelawak terkenal tanah air, Ebby Yus pernah berkongsikan pengalaman cemasnya ketika menaiki sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Makkah pada 16 Oktober yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tiba-Tiba Bergegar” – Ebby Yus Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung Ketika Ke Makkah

Hal itu selepas dirinya terkena serangan jantung akibat terkejut dengan keadaan pesawat yang tiba-tiba bergegar membuatkan pelawak itu pengsan selama beberapa minit.

Mujurlah apabila terdapat seorang jururawat dari Malaysia yang segera membantunya dengan memberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital.

Kejadian itu memaksa Ebby Yus ditahan di hospital di Maldives dan terlepas rombongan menuju ke Madinah seperti yang dijadualkan.

Ebby Yus minta bantuan cari jururawat

Bagaimanapun, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus bin Abdul Rashid tetap rasa bersyukur selepas selamat sampai ke Makkah walaupun terlepas untuk berkunjung ke Madinah.

Namun, perjalanannya itu tidak akan terjadi jika bukan berkat pertolongan daripada seorang jururawat yang bertindak pantas melakukan rawatan awal sekaligus menyelamatkan nyawanya.

Oleh sebab ingin membalas budi, pelawak berusia 56 tahun itu ingin mencari insan yang menolongnya itu selain meminta bantuan orang ramai mengesannya.

Menerusi hantaran terbaharunya di laman Instagram, Ebby telah meminta agar jururawat tersebut menghubunginya menerusi Direct Message jika terbaca pesanan itu.

Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.

Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih.

Menjengah pada ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya selain berharap agar usahanya menjejaki jururawat itu dipermudahkan.

Kredit: Kosmo! I Instagram Ebby Yus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas