Connect with us

Oh! Media

“Ramai Yang Bagi Sumbangan” – Wanita Hina Islam Bakal Bayar Ikat Jamin

Trending

“Ramai Yang Bagi Sumbangan” – Wanita Hina Islam Bakal Bayar Ikat Jamin

Gara-gara melakukan persembahan yang menghina agama Islam, seorang wanita yang dihadapkan ke mahkamah diperuntukkan untuk membayar ikat jamin sebanyak RM20,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Nuramira Dan Alex Mohon Orang Ramai Bantu Bayar Ikat Jamin RM40,000

Beberapa hari yang lalu, wanita tersebut dan pasangannya meminta bantuan dana dari orang ramai untuk membayar ikat jamin tersebut.

Dijangka dapat bayar ikat jamin hari ini

Walaubagaimanapun, Berita Harian melaporkan wanita tersebut dijangka mampu membayar wang ikat jamin tersebut hasil daripada sumbangan dikumpul orang awam hari ini.

Menurut R Sivaraj, peguam bela kepada wanita itu, sebanyak RM15,000 berjaya dikumpul dan akan mencapai sehingga RM20,000 seperti yang diperlukan.

Dia turut memaklumkan bahawa ramai penderma dari seluruh dunia berminat membantu memberikan sumbangan bagi membantu perjuangan Siti Nuramira di sisi undang-undang.

Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah.

Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat esok(hari ini) pada pukul 9 pagi.

Pada Jumaat, Sivaraj memaklumkan bahawa dana yang diperlukan bagi menjamin Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran akan dibantu kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) melalui sumbangan dana awam menggunakan akaun bank LFL.

Ia selepas Hakim Mahkamah Sesyen, membenarkan Siti Nuramira dan Navin untuk diikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang oleh seorang penjamin.

Terdahulu, Siti Nuramira yang melakukan persembahan menghina Islam di Kelab Komedi Crackhouse pada 4 Jun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas