Connect with us

Oh! Media

Ramai Tak Puas Hati Hukuman 6 Tahun Penjara Pengasuh Adam Rayqal? Ini Penjelasan Peguam

Pengasuh Hukuman

Trending

Ramai Tak Puas Hati Hukuman 6 Tahun Penjara Pengasuh Adam Rayqal? Ini Penjelasan Peguam

Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap Noor Aqilah Abd Rahman berhubung kes kematian bayi lima bulan yang ditemui dalam bahagian sejuk beku peti ais beberapa tahun lalu.

BACA: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Ini Hukuman Yang Dijatuhkan Kepada Pengasuh

Orang ramai yang masih terkesan dengan kejadian itu menyifatkan hukuman penjara yang dijatuhkan terlalu singkat. Mereka mempertikaikan hukuman yang dikatakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

IKLAN

Tampil menjelaskan fakta kes, seorang peguam memberi sebab mengapa tertuduh disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan bukannya Seksyen 302 iaitu membunuh.

Peguam1

Berdasarkan penjelasan yang dibuat The Law Chambers of Redzuan & Faiezad, tugas peguam dalam kes ini bukan sahaja melawan kes tetapi lebih kepada memastikan semua pihak faham mengenai naratif kejadian dari perspektif tertuduh.

Jelasnya, kejadian sebenar yang berlaku adalah pengasuh terjatuh di tandas bersama bayi yang dipegang. Kejadian itu berlaku selepas pengasuh memandikan bayi.

Peguam2

Selepas terjatuh, pengasuh bangun semula dan mengangkat bayi. Dia turut memeriksa keadaan bayi yang sedang menangis, tiada sebarang kesan cedera ditemui.

Ianya selari dengan laporan post-mortem di mana tiada sebarang kecederaan luaran. Punca kematian bayi adalah kecederaan dalaman.

Peguam3

Tambah peguam lagi, tertuduh telah menyerahkan diri dan mayat ditemui hasil tunjuk arah pengasuh sendiri. Dalam kes ini, apa yang berlaku adalah kemalangan yang disusuli dengan tindakan salah iaitu menyembunyikan kematian.

Peguam4

Setelah dihujah, pendakwa raya telah meminda pertuduhan daripada “menganiaya hingga menyebabkan kecederaan” kepada “mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan”.

Jelasnya dua ayat pertuduhan itu membawa maksud yang berbeza. Menurut peguam lagi, sebelum hukuman dijatuhkan, fakta kes hendaklah diketahui dengan jelas.

Diharapkan penjelasan yang dibuat ini dapat membuka mata orang ramai mengenai kejadian sebenar yang berlaku. Semoga jadi pengajaran.

Kredit: The Law Chambers of Redzuan & Faiezad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas