Connect with us

Oh! Media

Ryan Bakery Pening Hadap Page Facebook Palsu Mengaku Dirinya

ryan bakery

Oh! Artis

Ryan Bakery Pening Hadap Page Facebook Palsu Mengaku Dirinya

Ramai orang mula ambil kesempatan. Itulah apa yang dialami Tiktoker kegemaran rakyat Malaysia, Ryan Bakery selepas ada orang yang tak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Sindir Pun, Carilah Orang Lain” – Banding Cara Popular Dulu Dan Sekarang, Peminat Pertahan Ryan Bakery

Lebih parah bila orang itu mengaku dirinya adalah Ryan Bakery yang sebenar di bahagian komen.

Perkara itu disahkan Ryan sendiri kerana dirinya hanya memiliki akaun media sosial di TikTok dan Instagram sahaja. Ini bermakna akaun Facebook dan Twitter atau mana-mana media sosial lain yang menggunakan nama serta gambar Ryan Bakery adalah palsu.

Page Akak Broken tukar nama jadi Ryan Bakery.

Meninjau perkongsian seorang pengguna Facebook, nama asal page Facebook yang menyamar sebagai Ryan Bakery sebenarnya dipanggil ‘Akak Broken’ sebelum ini.

Ryan tak kesah orang nak buat fans page tapi jangan…

Ryan juga mengakui dia tidak kesah dan marah dengan pihak yang mahu mengwujudkan atau berkongsi content yang dihasilkannya tetapi jangan sampai mengaku sebagai dirinya.

Bahaya juga kan? Takut pengikut ingat itu memang Ryan lepas tu kena scam ke nanti, nama Ryan juga yang rosak.

Dah ramai report tapi tetap tak jalan

Hasil dari tinjauan kami, page Facebook palsu Ryan Bakery sudah mendapat lebih 130,000 like dan 300,000 follow. Nampaknya walaupun sudah ramai yang report, page ini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Facebook.

Kredit: TikTok | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas