Connect with us

Oh! Media

“Nak Sindir Pun, Carilah Orang Lain” – Banding Cara Popular Dulu Dan Sekarang, Peminat Pertahan Ryan Bakery

Trending

“Nak Sindir Pun, Carilah Orang Lain” – Banding Cara Popular Dulu Dan Sekarang, Peminat Pertahan Ryan Bakery

Siapa tak kenal dengan content creator, Ryan Bakery yang sering menghiburkan pengikut media sosialnya dengan lawak santai dan bersahaja.

ADVERTISEMENT

Bermodalkan ‘bedak’, ramai yang terhibur mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak yang pastinya dirindui.

BACA: “Terima Kasih Semua” – Ryan Bakery Syukur Akhirnya Akaun Dapat ‘Blue Check’

Terbaru, peminat tampil mempertahankan Ryan yang dipercayai menjadi bahan dalam ruangan karikatur sebuah akhbar tempatan.

Walaupun tidak menyebut nama dengan jelas, dalam lukisan itu terdapat bedak yang sinonim dengan imej yang dibawa oleh Ryan.

Lukisan yang membandingkan cara-cara nak jadi popular dulu-dulu dan cara-cara nak jadi popular sekarang telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Menurut mereka, segalanya berubah mengikut peredaran zaman. Tambahan pula lawak yang dihasilkan Ryan berkualiti dan tidak menyakitkan hati sesiapa.

Ada yang berkata Ryan tidak sesuai dijadikan bahan sindiran dalam ruangan tersebut. Alamak nampaknya peminat dah marah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas