Connect with us

Oh! Media

Ramai Bengang Elina Dan Eshaal Rujuk Semula Dalam Curang Tanpa Niat!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Ramai Bengang Elina Dan Eshaal Rujuk Semula Dalam Curang Tanpa Niat!

Drama popular Curang Tanpa Niat sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat apabila episod ke-27 menunjukkan Eshaal dan bekas isterinya, Elina seakan mahu kembali bersama.

Menurut laporan Kosmo, lakonan Shukri Yahaya dan Mira Filzah yang mantap itu memang benar-benar buatkan penonton beremosi apabila Eshaal meluahkan rasa sayang kepada Elina.

Dahlah sebelum ini dia pernah mengkhianati cinta dan kepercayaan bekas isterinya itu.

IKLAN

Netizen kecewa jika Elina maafkan Eshaal

Img 8801

Dalam episod yang bersiaran malam semalam, Elina dilihat mengelap air mata Eshaal guna tisu sambil menyatakan bahawa anak mereka, Shaima masih memerlukan seorang bapa.

Situasi ini membuatkan peminat drama ini bengang dan risau jika Elina benar-benar menerima Eshaal semula. 

Bukan tu jer, ada yang mengugut untuk memboikot drama ini sekiranya pasangan itu rujuk kembali. Kah!

“Khas untuk director, kalau dua ni ‘getback’ kita jumpa di mahkamah.” – Aina Hamzah

“Kalau Elina ni kutip Eshaal ni, memang aku berhenti kerja esok.” – Miss Latte

“Kalau rujuk, memang aku boikot cerita ni. ‘Getback’ lahhhh, siap kau Elina!” – Che Bul

Drama sarat konflik dan kecurangan

Img 8805

Curang Tanpa Niat, arahan Eyra Rahman ini benar-benar mencetuskan perdebatan tentang kesetiaan dalam perkahwinan dan kecurangan.

Korang rasa Elina akan rujuk dengan Eshaal tak? Jawapannya bakal terjawab dalam episod seterusnya!

#OhmediaNasihat

Pengkhianatan dalam rumah tangga bukan perkara kecil. Memikirkan masa depan anak memang penting, tetapi kepercayaan yang telah hancur tidak mudah dibina semula. Buat keputusan dengan bijak, bukan hanya kerana simpati!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas