Connect with us

Oh! Media

pu syed

Trending

PU Syed Tegur Tindakan DJ Persenda Agama, Tapi Kenapa Maaf Mereka Tak Diterima?

Pendakwah terkenal, PU Syed tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video viral melibatkan beberapa penyampai radio yang didakwa mempersendakan ritual agama lain.

BACA: ERA FM Berdepan Penggantungan Lesen? MCMC Keluarkan Notis Susulan Isu Hina Agama

IKLAN

Dalam satu hantaran di media sosial, PU Syed meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dianggap tidak sensitif.

PU Syed tegur perbuatan persenda agama lain

Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak wajar, malah ini bukan kali pertama salah seorang daripada mereka terpalit dengan kontroversi antaranya berpakaian wanita menghasilkan content.

Kenapa permohonan maaf mereka seolah-olah tak diterima?

DJ era

Walaupun tiga DJ tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka, PU Syed mempersoalkan kenapa maaf mereka seperti tidak diterima oleh masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan, mereka juga dikatakan telah digantung daripada tugas masing-masing.

Tetapi berbalik kepada isu yang mereka bertiga telah lakukan, mereka pantas memohon maaf atas keterlanjuran mereka.. tetapi nampak gaya ‘permohonan maaf’ mereka seolah-olah tak diterima.. kenapa agaknya? Bahkan mereka dikatakan telah digantung tugasan.

Pendakwah itu turut membandingkan situasi ini dengan individu bukan Islam yang didakwa melakukan perkara sama, tetapi tidak dikenakan tindakan yang tegas.

PU Syed seru semua pihak jaga sensitiviti agama

pu syed

Dalam hantaran tersebut, PU Syed menegaskan bahawa penting bagi setiap individu untuk menjaga sensitiviti keagamaan demi keharmonian negara.

Beliau mengajak masyarakat untuk kembali kepada asas menghormati kepercayaan sesama manusia.

Kami memerhatikan perkara tak sihat ni berlaku.. alangkah molek jika kita berpegang kpd perkara asas iaitu لكم دينكم ولي دين.

Menutup kenyataan, PU Syed menyeru agar semua pihak mengamalkan sikap saling menghormati bagi memastikan Malaysia kekal aman dan harmoni.

pu syed

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram PU Syed


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas