Connect with us

Oh! Media

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Sebatan Kerana Amang Seksual Remaja Lelaki

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 27t113815515

Trending

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Sebatan Kerana Amang Seksual Remaja Lelaki

Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Seksyen hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, dia didapati bersalah atas dua pertuduhan kerana telah melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki yang berusia 17 tahun.

Kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

IKLAN

Hakim Noridah Adam telah membuat keputusan dengan menjatuhkan setiap pertuduhan 12 tahun penjara dan dua sebatan bagi kedua-dua pertuduhan.

Azman Syah juga akan menjalani sesi kauseling yang telah ditetapkan oleh Mahkamah selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Azman Syah atau lebih dikenali sebagai Cik Man diperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan juga hukuman sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 09 27t113815515

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas