
Trending
PU Amin Kongsi Kisah PU Rahmat Disoal Siasat Askar IDF, Dedah Banyak Perkara Mengejutkan
PU Amin kongsi pengalaman PU Rahmat disoal siasat askar Zionis yang tahu gerak kerja mereka.
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin, berkongsi rasa teruja selepas mendengar sendiri pengalaman pahit PU Rahmat yang disoal siasat oleh askar Zionis.
BACA: “Kalau Ada Video ‘Leak’, Padamlah” – PU Rahmat Akui Dibogelkan 3 Kali Tentera Pendatang Haram
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Amin mendedahkan bahawa tentera berkenaan mengetahui banyak maklumat tentang mereka termasuk gerak kerja, program dan podcast yang dijalankan di Malaysia.
Trauma Rahmat belum pulih

Terdahulu, PU Rahmat mendedahkan dirinya dibogelkan sebanyak tiga kali oleh tentera Zionis ketika ditahan di perairan antarabangsa.
Insiden itu nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada Rahmat, tetapi juga kepada masyarakat yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan mereka di Gaza.
Pssttt! Kisah mereka bukan sekadar ujian, tetapi bukti ketabahan dalam mempertahankan kemanusiaan. #FreePalestin
Kredit: Threads PU Amin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
