Connect with us

Oh! Media

(Video) PSG Belasah Lyon Secukup Rasa Untuk Layak Ke Final Coupe de France

Mbappe2bberjaya2bmelakar2bhatrik2bdalam2bperlawanan2binipng

Trending

(Video) PSG Belasah Lyon Secukup Rasa Untuk Layak Ke Final Coupe de France

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) layak ke perlawanan akhir Piala Liga Perancis (Coupe de France) selepas membelasah Lyon 5-1. Kedua-dua pasukan tampil melakukan aksi terbaik dan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.


Lyon berjaya membuka tirai jaringan menerusi Martin Terrier selepas menerima hantaran silang dari Karl Toko-Ekambi. Walaubagaimanapun PSG hanya memerlukan 3 minit untuk menyamakan kedudukan selepas Kylian Mbappe berjaya menyambar bola tandukan dari Kurzawa. 




Bersambung separuh masa kedua PSG dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Marcal dan menyebabkan beliau mendapat kad kuning kedua lalu dibuang padang. Pemain sayap Brazil, Neymar berjaya menyudahkan sepakan tersebut untuk memastikan PSG mendahului 2-1



Disebabkan Lyon bermain dengan 10 orang pemain, ianya memberi kelebihan buat PSG untuk menambah jaringan dan hasilnya Mbappe berjaya menyumbat ketiga Lyon dan kedua peribadi beliau dalam perlawanan ini pada minit ke-70. Tidak cukup dengan itu, giliran Pablo Sarabia pula bijak mencuri peluang untuk meledak jaringan keempat PSG pada minit ke-81.

IKLAN

Kylian Mbappe akhirnya melakar Hatrik selepas menjaringkan gol kelima PSG pada waktu kecederaan. PSG perlu menunggu satu lagi keputusan perlawanan separuh akhir di antara AS Saint-Etienne dan Stade Rennais untuk menentukan lawan yang bakal mereka hadapi di final nanti.

OHMEDIA : PSG BERPELUANG UNTUK MERANGKUL PIALA LIGA PERANCIS PADA MUSIM INI SETELAH BERJAYA MENUNJUKKAN AKSI YANG CEMERLANG

+ Baca respon pembaca PSG belasah Lyon secukup rasa di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas