Connect with us

Oh! Media

kastam

Trending

Produk Kurma Dari Israel Berjaya Dirampas Oleh Kastam

Seorang lelaki tempatan ditahan untuk membantu siasatan berhubung 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel yang dirampas oleh Kastam di sebuah gudang penyimpanan makanan.

Dilaporkan sebanyak 14.6 kilogram pek buah kurma bernilai RM678 dirampas dan pemeriksaan ke atas spesifikasi produk pada pek berkenaan juga menemukan perkataan ‘product of Israel’.

IKLAN
kurma

Produk tersebut dipercayai dibawa masuk dari sebuah negara eropah sejak 2022.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Harap pihak berkuasa terus menyekat apa-apa sahaja barangan dari Israel yang dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas