Connect with us

Oh! Media

“Produk Ini Tak Ada Alkohol” – 7-Eleven Keluar Kenyataan Rasmi Isu Minuman Nutrimalt

Trending

“Produk Ini Tak Ada Alkohol” – 7-Eleven Keluar Kenyataan Rasmi Isu Minuman Nutrimalt

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai minuman Nutrimalt yang dijual di rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven.

ADVERTISEMENT

Orang ramai mula bimbang apabila ada yang mendakwa minuman itu dikategorikan sebagai minuman beralkohol.

Tiada kandungan alkohol

Kandungan Nutrimalt

Ambil kira kebimbangan pelanggan, 7-Eleven segera menghubungi pengeluar Nutrimalt untuk pencerahan lanjut.

Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven.

Jelas 7-Eleven lagi, semua produk mereka melalui proses kelulusan yang ketat untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Komitmen 7-Eleven memastikan kebimbangan pelanggan didengari

Pihaknya juga menekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik.

7-Eleven berharap maklumat yang mereka kongsikan ini dapat menjelaskan isu yang sedang tular kini. Mereka berterima kasih di atas sokongan tanpa henti dan maklum balas yang diberikan para pelanggan.

Mereka percaya penambahbaikan secara berterusan ini amat penting dalam memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan 7-Eleven.

Kenyataan rasmi 7-Eleven

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas