Trending
Prince Syed Ditemani Isteri Hadir Di Mahkamah, Keluarga Mentua Dihadapkan Atas Pertuduhan Jenayah
Empat ahli keluarga isteri termasuk ibu bapa dituduh di mahkamah hari ini.
Pempengaruh kontroversi, Prince Syed sekali lagi jadi tumpuan ramai selepas dia dan isterinya, Fatin Syazwani Ishak dilihat hadir ke Mahkamah Majistret bagi mengikuti prosiding membabitkan keluarga mentuanya.
Pasangan itu hadir ditemani peguam namun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada media.
Keluarga mentua hadapi pertuduhan

Turut kelihatan ialah ibu bapa mentua Prince Syed dan dua adik ipar mereka yang tiba terlebih awal. Empat beranak itu tiba sekitar jam 9 pagi dan kelihatan tenang walaupun dikerumuni media.
Menurut laporan, ibu bapa mentua Prince Syed dan adik ipar bernama Muhammad Ikhwan Alif akan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 323/34 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi adik ipar bernama Muhd Syahmi Faiz pula dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Bergaduh di hadapan rumah

Difahamkan, kes ini berpunca daripada insiden perselisihan faham antara Prince Syed dan keluarga isterinya di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai pada 2 November lalu.
Ibu mentua Prince Syed juga mendakwa tidak dibenarkan berjumpa Fatin ketika dimasukkan ke hospital. Ibu Fatin mendakwa anaknya telah menjadi tikus makmal selepas pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk pelangsingan badan.
Pssttt! Nampaknya konflik antara Prince Syed dan keluarga mentua masih jauh dari reda. Apa pun, semoga kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan kemelut ini dengan cara baik demi menjaga maruah serta kesejahteraan keluarga mereka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM