Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Telah Dirogol 11 Lelaki, Netizen Mahu Keadilan Buat ‘Christine Decera’

Trending

Dipercayai Telah Dirogol 11 Lelaki, Netizen Mahu Keadilan Buat ‘Christine Decera’

Siapa sangka, pada malam dimana semua orang tengah sibuk melihat bunga api, rupanya telah berlaku satu tragedi ngeri apabila seorang pramugari Filipina, Christine Angelica Dacera, 23, dipercayai telah dirogol oleh 11 orang lelaki pada malam tahun baru.

ADVERTISEMENT

Pramugari Filipina itu telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di City Garden Hotel di Makati City, pada 1 Januari 2021. Dia kemudiannya telah dibawa oleh tiga rakannya dengan bantuan kakitangan hotel ke hospital berdekatan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital.

Pada malam kejadian, Christine bersama tiga orang kawan lelakinya telah mengadakan satu ‘parti’ untuk menyambut ambang malam tahun baru di sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina.

Di ‘caption’ salah satu posting di Instagram Christine, dia dilihat telah menulis beberapa nama akaun Instagram yang dipercayai merupakan di antara suspek yang terlibat pada malam kejadian.

Menurut sumber, tiga orang rakan Christine itu turut menjemput lapan lagi rakan mereka yang tidak dikenali oleh Christine untuk datang ke ‘party’ tahun baru itu.

Pihak Polis telah memfailkan pertuduhan merogol dan membunuh terhadap 3 orang rakan lelakinya selepas mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina. 

3 orang suspek kini didakwa atas pertuduhan merogol berikutan penemuan kesan koyakan dan sperma di bahagian kemaluan mangsa. Pihak polis turut mengatakan bahawa terdapat kesan lebam dan cakaran yang ditemui pada badan mangsa. 

Penyebab Kematian

Penyebab awal kematian dipercayai disebabkan oleh Aneurisma aorta (Saluran darah utama yang pecah), dan Polis juga turut mengesyaki bahawa ada berlakunya perkara lain pada malam kejadian, ini kerana mangsa juga turut mengalami kecederaan lain pada badannya.

Ada lebam, lebam, dan calar di lengan dan kakinya. – Beritahu Polis

Menurut ibu mangsa, peguam kepada keluarga Christine juga percaya bahawa pesta itu sebenarnya adalah ‘set up’ (dirancang) oleh suspek.

Dia sepatutnya sambut dengan kawan-kawan sahaja tapi kenapa ada orang asing pula. – Kata ibu Christine.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan autopsy, keluarga mangsa dikatakan telah meminta supaya bedah siasat keatas Christine dilakukan semula. Pihak polis kini masih lagi menunggu keputusan autopsy kedua itu dikeluarkan.

Trending Di Twitter 

Kes ini juga telah membangkitkan kemarahan ramai warga Filipina dan telah mencetuskan satu perbincangan hangat di antara netizen terutamanya mengenai budaya menyalahkan mangsa rogol (victim blaming).

‘Hashtag’ #JusticeForChristineDacera, #StopVictimBlaming, adalah antara topik hangat yang ‘trending’ di Twitter Filipina sejak malam semalam.

Ini kerana ada beberapa komen netizen di Facebook mengenai artikel berita itu yang telah mempersoalkan mengapa mangsa pergi menyambut pesta pada malam itu bersama rakan lelakinya.

Dia patut tahu sendiri dan seeloknya dia pakai pakaian yang lebih tertutup.

Pergi sambut pesta tahun baru dengan kawan-kawan dan akhirnya dia mengorbankan hidupnya. Jangan pernah percaya dengan kawan lelaki terutama lebih-lebih lagi di tempat persendirian. – Tulis warga Filipina di Facebook.

Perdebatan Di Antara Netizen

Di Filipina kini sedang berlaku perdebatan di antara netizen apabila laporan bedah siasat Christine yang tersebar dikatakan tidak ada lansung yang menyatakan bahawa Christine telah dirogol dan punca kematian Christine adalah berpunca daripada Aneurisma aorta.

Netizen mendakwa jika kejadian rogol itu tidak pernah pun berlaku disebabkan lelaki-lelaki yang bersama Christine pada malam itu hampir kesemuanya adalah ’gay’ dan ‘bisexual’. Mereka turut menyalahkan pihak polis disebabkan suspek telah dikecam teruk dan nama-nama suspek juga telah tersebar rata.

Tetapi ada juga yang mendakwa bahawa laporan bedah siasat tu tidak menyatakan Christine telah dirogol disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu.

Gambar Terakhir

Pada 28 Disember 2020, Christine telah memuat naik gambar terakhirnya di Instagram yang memaparkan dirinya memakai sut PPE sambil bersandar pada pintu pesawat.

“Last flight for this one helluva year” – Tulis Christine di Instagram.

Apapun, kita sebagai netizen jangan cepat buat tuduhan sendiri, biar polis saja yang buat kerja. Semoga ada keadilan buat Christine Dacera.

Kredit: Inquirer, CNN Philippines, Cosmopolitan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas