Connect with us

Oh! Media

(Video) Polis Trafik Terajang Penunggang Motosikal Cuba Larikan Diri Akan Disiasat & Beri Hukuman Tegas Jika Anggotanya Bersalah

Ohmedia polis flying kickpng

Trending

(Video) Polis Trafik Terajang Penunggang Motosikal Cuba Larikan Diri Akan Disiasat & Beri Hukuman Tegas Jika Anggotanya Bersalah

Hari ini tersebar pula satu video yang berdurasi 15 saat menunjukkan sorang penunggang motosikal ditendang polis trafik selepas melakukan pusingan uturn yang dipercayai cuba lari dari pemeriksaan polis.

Kejadian yang berlaku di Sarawak itu menjadi viral dan pihak Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menegasnya yang tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.




Anggota yang melakukan tendangan itu adalah dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan telah menendang penunggang motosikal hingga jatuh di Jalan Temple, Sibu.

IKLAN

Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas. Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus dan ubah suai ekzos. – Katanya.

Bagaimanapun, bagi Ohmedia kesalahan lain bagi penunggang motosikal terbabit adalah cubaan melarikan diri daripada pemeriksaan mengejut pihak polis iaitu Op Motosikal. Oleh itu, anggota terbabit dilihat hanya menjalankan tugas kerana suspek berkemungkinan melakukan kesalahan lain sehingga membuatkan dia bertindak untuk melarikan diri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang melihat video ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas