Connect with us

Oh! Media

Polis Sahkan Harith Iskander Dan Seorang Pengguna Facebook Disiasat

Ohmedia harith Iskander

Trending

Polis Sahkan Harith Iskander Dan Seorang Pengguna Facebook Disiasat

Pelawak Harith Iskander baru-baru ini mengundang kritikan ramai selepas memuat naik hantaran mengenai kopi ‘ham sap’ sehingga mencetuskan provokasi awam.

Hantaran berkenaan menyebabkan anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol tampil membuat laporan polis.

BACA: Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Terhadap Harith Iskander, Didakwa Hina Agama Islam!

IKLAN

Bertindak di atas laporan yang dibuat, Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh mengesahkan Harith kini disiasat di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Harith Iskander dan seorang pengguna Facebook disiasat

D9e38619 harith iskander fb troll ss fb pic 200125

Jelas beliau, seksyen-seksyen ini merangkumi kesalahan menghina agama dan kenyataan yang berpotensi mencetuskan perpecahan masyarakat.

Selain Harith Iskander, pengguna media sosial menggunakan nama Cecilia Yap turut disiasat.

Laporan itu berkaitan komen oleh penama Cecelia Yap Song KL “All names with MoHAMmad got to be renamed then di hantaran yang dibuat oleh Harith Iskander di Facebook.

Shahrol tampil buat laporan polis

Whatsapp image 2022 08 08 at 50324 pm

Terdahulu, Shahrol dalam kenyataannya mendakwa hantaran yang dibuat Harith membuka ruang untuk agama dipersenda.

Shahrol menegaskan bahawa komen yang dibuat oleh pengikut Harith juga telah melampaui batas dan menuntut tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

#OhmediaNasihat

Sebagai seorang pelawak, seharusnya isu sensitif sebegini tidak dijadikan bahan jenaka. Hiduplah secara harmoni dan bersikap matang dengan menghormati satu sama lain.

Ohmedia harith Iskander

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas