Connect with us

Oh! Media

Polis Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Lucah Di Rumah Suspek Culik Albertine Leo

Ohmedia suspek Albertine Leo

Trending

Polis Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Lucah Di Rumah Suspek Culik Albertine Leo

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan suspek kes culik kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui ditahan semula pada Ahad.

Menerusi laporan Sinar Harian, tangkapan dibuat selepas pihak polis menemui pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di rumah suspek di Kulai, Johor.

Ohmedia albertine leo

Suspek lelaki warga tempatan berumur 31 tahun itu akan dibawa ke mahkamah pada Isnin untuk mendapatkan perintah reman.

IKLAN

Sebelum ini, tempoh sambungan reman suspek tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

Jelas beliau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

Ohmedia albertine leo diculik

Pada 23 Julai lalu, mangsa culik Albertine Leo ditemui di sebuah hotel murah dekat Batang Kali Selangor kira-kira jam 4.45 pagi selepas 3 hari hilang.

Suspek yang berada di bilik hotel bersama mangsa telah ditahan reman selama tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Ohmedia suspek Albertine Leo

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas