Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Lelaki Cium Mulut Kanak-Kanak & Akan Siasat Bawah Akta Kesalahan Seksual

ohmedia seksual 2

Trending

Polis Buru Lelaki Cium Mulut Kanak-Kanak & Akan Siasat Bawah Akta Kesalahan Seksual

Baru-baru ini telah tersebar video dan gambar menunjukkan seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan mencium mulut seorang kanak-kanak lelaki.

BACA: (Video) ‘Founder’ Kongsi Video Cium Mulut Adik Angkat, Konon Cara Keluarga Luah Rasa Kasih Sayang

Perkara ini turut mendatangkan kemarahan netizen kerana perbuatannya itu tidak wajar.

IKLAN

Bertindak pantas dengan perkara ini, pihak polis memaklumkan sedang mengesan pengasas terbabit untuk disiasat bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan. – Kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan kepada Harian Metro.

Lelaki itu sebelum ini turut mendakwa kanak-kanak lelaki terbabit adalah adik angkatnya dan mencium bibir sudah biasa dilakukan dalam keluarganya untuk menunjukkan kasih sayang.

Video yang dikongsikannya di TikTok itu bagaimanapun sudah dipadam tetapi masih tersebar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas