Connect with us

Oh! Media

Polis Buka Siasatan Penderma Darah Dapat Cenderahati Mi Segera Perisa Khinzir

Trending

Polis Buka Siasatan Penderma Darah Dapat Cenderahati Mi Segera Perisa Khinzir

Kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah akan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ADVERTISEMENT

BACA: “Awat Tak Cas Sekali Surat Khabar?” – Ambil Kuah Lebih Kena Cas, Netizen Persoal Tindakan Kedai Makan Ini

Memetik laporan Harian Metro, program derma darah yang diadakan di Batu Pahat itu merupakan anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sana.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah, perkara tersebut dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada pihak polis sekitar jam 11.38 pagi semalam.

Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Menurut Ismail lagi, selepas selesai menderma darah, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit.

Rampasan telah dilakukan dan beberapa individu telah pun dipanggil bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas