Connect with us

Oh! Media

Bukan Saje-Saje, Polis Ada Bukti Dua Penunggang Motosikal Tak Patuh SOP

Pkp

Trending

Bukan Saje-Saje, Polis Ada Bukti Dua Penunggang Motosikal Tak Patuh SOP

Baru petang tadi ohmedia post satu article tentang pihak polis yang telah saman dua penunggang motosikal hanya kerana menurunkan mask untuk minum air. Nampak macam tak masuk akal kan kena saman sebab benda kecil?

BACA : “Takkan Nak Minum Air Sambil Pakai Mask?”, Netizen Bengang Saman Makin Mengarut

Tapi, rupa-rupanya pihak polis ada bukti yang dua individu tersebut memang dah langgar SOP! Bukannya saje-saje keluarkan saman macam yang disangka netizen.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, pihak mereka dah pun memerhati individu terbabit selama 10 minit. Memang betul diorang turunkan mask untuk minum air. Tapi lepas minum, boleh pula diorang berbual sesama sendiri tanpa naikkan semula mask. Tiada penjarakan sosial pula tu.

Bila dah tengok keadaan macam tu, pegawai yang bertugas pun ambil lah tindakan. Mereka berdua telah dibawa ke IPD Kerian untuk tindakan kompaun selepas dimaklumkan bersalah bawah Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Polis turut mempunyai bukti bergambar dan video di tempat kejadian dan ia jelas menunjukkan dua lelaki terbabit melanggar pematuhan SOP ditetapkan.” – katanya.

Haa, jadi pada yang kata pihak polis bertindak membuta tuli tu, korang dah tersalah sangka tau. Sebab tu orang kata, bila berlaku masalah, memang kena dengar dari kedua-dua belah pihak. Kalau tak, memang akan keluarlah macam-macam andaian.

Tapi mungkin ada yang anggap cukuplah sekadar pihak polis cuma beri teguran, tak perlu sampai kenakan saman RM1,000. Apa yang boleh kami cakap, itu semua atas budi bicara polis. Kalau nak selamat, kita sebagai rakyat marhaen ni ikut je lah arahan yang dah dikeluarkan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas