Connect with us

Oh! Media

“Pocong Minta Tolong Lah Tu”, Netizen Gempar Pintu Rumah Diketuk Tapi…

Trending

“Pocong Minta Tolong Lah Tu”, Netizen Gempar Pintu Rumah Diketuk Tapi…

Viral di Facebook semalam tentang satu kejadian misteri berlaku di Sabak Bernam. Bukan satu dua orang yang kena, tapi empat kampung sekaligus! Rata-rata netizen yang kena, semuanya share di timeline dan ruangan komen di Facebook.

ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi. Menurut laporan, penduduk di kawasan tersebut dengar bunyi ketukan di pintu rumah. Tapi bila pergi check, takde orang pun. Ketukan pula bukannya perlahan macam orang biasa ketuk, dia macam bunyi hentakan. Nak dengar macam mana bunyi dia? Nah!

Antara yang mengalami kisah seram tersebut ialah Khairol Anuar. Katanya, mula-mula dia ingatkan anak saudaranya yang ketuk pintu. Tapi bila bunyi semakin kuat, dia pun pergi intai di bahagian tingkap untuk tengok siapa yang ketuk. Tup tup, takde orang pun dekat luar. Selang beberapa minit, pintu bilik airnya pula yang diketuk.

“Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan.” – katanya.

Begitu juga dengan Nor Zaihana yang tinggal dengan ibunya di rumah. Lebih kurang pukul 11.40 malam, Zaihana nak tidurkan anaknya yang berusia 4 bulan apabila tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah. Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam.” – tambahnya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman turut mengesahkan hal terbabit. Dia juga berpesan pada penduduk kampung supaya hubungi polis jika ternampak perkara meragukan. Pihak MPKK juga telah melakukan rondaan sekitar kampung sebagai langkah berjaga-jaga.

Harap-harapnya, ini bukan kerja budak-budak nakal yang nak kenakan orang lah. Habis semua kena prank nanti. Tapi, tak mustahil juga kalau ia memang gangguan dari makhluk halus. Yelah, bukan kita je yang hidup dekat dunia ni kan. Apa-apapun, jangan buat spekulasi dulu. We just wait and see hehehehehehehe (gelak macam hantu).

Kredit: Sinar Harian, Facebook Haysimputra Suhhan, Haikel Zakaria HZ

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas