
Trending
Pilu, Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Dijumpai Dalam Tong Sampah
Oleh
Kejadian di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai dalam tong sampah di tempat letak kereta.
BACA: Guru Agama Didakwa Rogol 12 Pelajar Hingga Melahirkan 8 Bayi
Menerusi laporan Harian Metro, mayat bayi tersebut dijumpai oleh seorang pekerja lelaki yang mahu mengambil tong sampah di bawah flat berkenaan.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, mayat itu ditemui pada jam 5.50 petang, oleh seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.
Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit.
Bayi tersebut kini dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk dibedah siasat. Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana telah menyembunyikan dan membuang bayi.
Sungguh kejam ibu dan bapa kepada bayi ini. Sanggup mereka buang dan biarkan bayi yang tidak berdosa ini dikerumuni sampah sarap. Memang tak ada hati perut betul. Semoga balasan yang setimpal dikenakan kepada mereka yang membuang bayi yang tidak berdosa.
Kredit: Harian Metro
