Connect with us

Oh! Media

Pihak Polis Sedang Kesan Kumpulan Youtuber Terlibat Belasah Orang

Trending

Pihak Polis Sedang Kesan Kumpulan Youtuber Terlibat Belasah Orang

Hari ini pihak polis telah memberikan maklumbalas terhadap laporan berlaku pergaduhan di gelanggang futsal yang viral semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siap Bawa Kerambit” – Kumpulan Youtuber Terkenal Belasah Orang Hanya Sebab Futsal

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah kumpulan Youtuber terkenal yang didakwa memukul mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan bermula selepas seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan berusia 22 tahun. Pada waktu inilah mangsa datang dan cuba meleraikan pergaduhan.

Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan. Siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu. – Katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut akan mengenakan kompaun ke atas mana-mana individu yang didapati melanggar SOP PKPB.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas