Connect with us

Oh! Media

Pihak Bomba Bantu Kanak-Kanak Tersepit Tangan Dalam Pembesar Suara

Oh! Tidak

Pihak Bomba Bantu Kanak-Kanak Tersepit Tangan Dalam Pembesar Suara

Baru-baru ini muncul satu berita di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit tangan dalam sebuah kotak pembesar suara. Aduh, macam mana tu?

ADVERTISEMENT

BACA: Tersepit Penutup Singki, Bomba Bantu Keluarkan Jari Kanak-Kanak Empat Tahun

Dalam kejadian jam 3.30 petang, kanak-kanak berusia 3 tahun itu dikatakan telah memasukkan tangan ke dalam kotak pembesar suara sebelum tersangkut di bahagian dalam.

Pihak bantuan

Tersepit tangan pembesar suara - Oh! Media

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan jam 3.41 petang.

Sepasukan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Haih, nasib baik tak jadi apa-apa adik oi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas